Posted by: aminuddin | 07/04/2017

Hari Bersejarah Utk Umat Islam

Alhamdulillah setelah berbulan-bulan kami berusaha maka akhirnya RUU355 dapat diebntangkan diparliemn pada hari Khamis 5 April 2017 pkl 12tghari.

Apapun komen dari pelbagai pihak, saya tetap bersyukur bahawa ianya dapat dibaca dengan baik oleh Marang walaupun ada cubaan untuk melambat-lambatkan pembentangan itu oleh pihak DAP. Jelas bagaimana DAP bersikap begitu keras terhadap islam dan berusaha dengan segala kebijakan mereka utk memastikan isu ini tidak dapat dibentangkan. Namun siapa yang dapat menyekat takdir Allah. Biarlah puak2 ini berhujah dengan pelbagai nada dan komentar yang jelek namun yang pasti iamya dapat dibentangkan.

Namun sebagai seoarng yang mahu melihat ke mana sudahnya isu ini saya juga terasa sedikit kecewa kerana tidak ada undian dibuat yang menyebabkan isu ini tergantung sehingga ke sesi akan datang. Saya memang teruja untuk mendengar apakah hujah mereka2 yang menentang ini namun ianya tidak dapat direlisasikan apabila Tan Sri Speaker menangguhkan perbahasan. Saya boleh faham perasaan pihak pembangkang yang sudah bersedia untuk berhujah tetapi dikecewakan dengan penangguhan ini.  Aapa alasannya saya tidak pasti hanya mereka yang terlibat saja yang mengetahui.

Apapun walaupun perkara ini belum selesai namun saya tetap bersyukur sekuarng2nya ianya dapat dibentang jugak walaupun pada peringkat awal pembentangan ini sendiri belum pasti. Tahniah kepada pihak PAS dan terima kasih kepada Speaker yang membenarkan usul ini dibentang. Moga sesi akan datang dapat menyaksikan perbahasan dapat dilakukan secara matang dan berwibawa.

Inilah kali pertama saya hadir ke dalam dewan dan inilah kalai pertama saya merasa cukup bersyukur sehingga sebak apabila melihat Marang membentangkanya di saksikan oleh rkyat semuruh negara.

Allahuakbar Walillah hilhamd !!!


Tinggalkan komen

Kategori