Posted by: aminuddin | 01/07/2010

Belajarlah sejarah

Dalam satu perbincangan saya dengan beberapa ibubapa di sekolah anak saya, kami berbincang tentang keadaan pembelajaran anak2. Boleh di katakan semua mengeluh bahawa anak2 mereka tak minat sejarah. Ini kemudian di sahkan oleh pihak guru bahawa remaja sekarang sangat tidak suka kepada sejarah. Tetapi mereka sangat suka kepada pejaran matematik dan sains. Ini menyebabkan kadar pencapaian mata pelajaran sejarah sangat rendah.

Fenomena ini agak membimbangkan diri saya kerana apa akan jadi pada pemikiran mereka ini atu hari nanti jika sekirannya mereka iniakan menjadi pemimpin negara. Bagaimana mereka menilai sesuatu perkara yang berlaku tanpa melihat kepada sejarah. Ahli-ahli sejarah sering berkata “sesiapa yang tidak mengenal sejarah maka ia akan di hukum oleh sejarah”. ertinya mereka akan melakukan kesilapan yang sama sebagaimana orang terdahulu.

Nah, melihat perkembangan isu Melayu dan ketuanan Melayu serta kekuatan bukan Melayu, banyak belia hari ini menilai hanya sekadar mengikut arus tanpa menilai dengan fakta yang tepat. Ini menjadikan mereka mudah terpengaruh dan cepat emosi. Selaku golongan majoriti di negara ini, ketidak arifan mereka tentang perkembangan politik dan perjuangan menyatukan pelbagai kaum di negara ini menyebabkan mereka begitu mudah melabelkan kepada sesiapa yang memperkatakan ketuanan Melayu sebagai “racist”.

Mereka lupa ‘”deal” yang di lakukan semasa kemerdekaan…

Mereka lupa tindakan British membawa masuk orang Cina dan India ke dalam negara menyebabkan Melayu menjadi manoriti…

Mereka lupa Melayu di larang berniaga sehingga semuanya menjadi petani sahaja. Sehingga kini orang Melayu takut untuk berniaga…

Mereka lupa kenyataan2 pemimpin negara dan MCA, MIC tentang isu hak….

Mereka lupa penentangan orang Cina terhadap isu Bahasa Kebangsaan….

Mereka lupa penentangan orang Cina terhadap sistem pelajaran dan kebudayaan negara yang dibuat oleh pemimpin negara bagi menyatukan semua bangsa…..

Mereka lupa punca kejadian 13 Mei 1969 hasil kemenangan parti pembangkang dan kata-kata yang di lontar kepada orang Melayu…..

Mereka lupa peranan NGO2 Cina yang cuba mencaturkan politik negara dalam beberapa pilihanraya yang menyebabkan Melayu pecah undi….

Mereka lupa hubungan PAP, DAP, MCA yang sentiasa bersatu menjaga kepentingan bangsa mereka….

Mereka lupa PAS berasal dari UMNO dan pernah bersatu dgn UNMO….

Wallahi, saya tidak sama sekali ingin membangkitkan isu perkauman atau membenci bangsa lain. Tetapi saya hendak orang Melayu sedar siapa mereka dan boleh menilai sesuatu dengan pandangan jauh dan benar bukan hanya emosi dan semata menjaga kepentingan organisasi sendiri.

Hanya dengan mengenal sejarah barulah kita dapat menilai siapa kita dan siapa mereka. Mereka boleh kata apa yang mereka suka tetapi mereka tidak boleh padam fakta sejarah. Dan sejarah akan sentiasa BERULANG.


Respon

  1. TQ pada peringatan yang diberi ttg sejarah…mmg betul sejarah tersangatlah penting!!!
    Tp kenapa saya lihat point yang diberikan adalah dari buku sejarah tingkatan 1-5?? tak baca yg alternatif ke? buku tambahan?? kalau camni, belajar sejarah pun…takkan nampak wider picture…jadilah kita lembu yang dicucuk hidung…

    Wahai yang ingin menjadi pakar dalam memberi pandangan…adakah kita telah benar-benar tahu akan sejarah seluas-luasnya…ataupun dicelup dengan cerita yang hanya sesetengah pihak nak kita nampak.

    Afwan kalau terguris…tp make the kupasan more intellectual..baru ada kick my friend

    • it’s already kick abu wafiy….. (and also amrar…)
      mungkin akh amin start dgn sejarah tingkatan 1-5
      sbb ianya subjek yg wajib dihadam oleh setiap generasi di Malaysia ini!!!

      utk yg bijak cerdik mcm en abu wafiy sudah tentu akan baca altenatif lain, bagaimana pula berjuta2 pelajar dan kini dah besar, mentaliti sejarah malaysianya ditulis oleh barat sejak zaman kemerdekaan… ( this’s the point of view that suit’s everyone….)

  2. Abu Wafiy,

    Kalau respons terhadap sejarah dari tingkatan 1-5 pun bermasalah, macam mana nak beri respons baik pada hal-hal sejarah yang luar dari itu?

    • Aduh adik akmal…

      abu wafiy bercakap terhadap skrip cerita aminuddin, paham tak dema?

      He is just asking to broaden his scope of examples..sbg seorang yang lebih berintegriti bila ingin bercakap hal sejarah…itu sahaja

      So kiranya saudara akmal terima 100% apa sejarah tingkatan 1-5 tulis la yer sbg analisa terbaik sejarah kita?…it tells kehalusan berfikir saudara

      Faham kan maksud saya ni?

  3. masyaAllah amrar….
    *dan sgt bersetuju dgn adik akmal…”respons terhadap sejarah dari tingkatan 1-5 pun bermasalah, macam mana nak beri respons baik pada hal-hal sejarah yang luar dari itu?”

    sgt faham dgn maksud anda…hmm


Tinggalkan komen

Kategori