Posted by: aminuddin | 21/02/2012

Siapa Musuh?

Satu perkara yang membimbangkan saya apabila membaca komen-komen dan tulisan-tulisan orang Melayu islam terhadap isu politik negara masa kini ialah:-

i. mereka solah-olah tidak kenal siapa musuh sebenarnya;

ii. oleh itu maka mereka gagal untuk memberikan penyelesaian.

Ini menjadikan perbahasan-perbahasan yang berlaku lebih kepada emosi yang tidak ada titik penghujungnya. Akhirnya bukan saja penulis itu yang keliru malah yang membaca juga menjadi bertambah keliru.

Setiap kali saya menulis, isu yang saya ingin bawakan ialah :-

– bukan isu UMNO vs PAS kerana kedua2nya Melayu islam

– bukan isu siapa patut menang UMNO atau PAS, kerana kedua2nya terikat dengan tahaluf

– bukan isu rasuah, nepotism, kronism, atau segala salah laku kerana islam bukan setakat hal2 ini

– bukan isu Melayu vs Non Muslim kerana  islam tidak menghina atau menekan agama lain

Tetapi yang perlu kita semua fahami ialah negara sedang berdepan dengan serangan dunia barat yang menekan dan mendesak supaya segala budaya dan pemikiran mereka di terima pakai dinegara ini. Liberalism, pluralism, demokrasi ala barat  dan yang seumpamanya adalah antara desakan yang mereka buat supaya negara mengiktiraf. Mereka juga menuduh Malaysia tidak ada toleransi agama dengan tidak membenarkan LGBT, pendakyahan kristianisasi (murtad), penghakiman mahkamah syariah dan lain-lain lagi. Mereka menggunakan segala ruang samada NGO, parti politik dan penguasaan ekonomi yang menjadi ejen kepada dakyah mereka. Semua ini dibuat atas nama HUMAN RIGHTS.

Malangnya masyarakat Melayu islam masih tenggelam dengan pertelingkahan.

Maka apakah penyelesaiannya?

Setiap orang Melayu Islam WAJIB MEMPERJUANGKAN KEARAH MENDAPATKAN KUASA WEWENANG dalam menentukan keputusan dan dasar negara. Inilah matlamat akhir perjuangan setiap gerakan islam kerana tanpanya tidak ada eri kejayaan. Selagi tidak ada wewenang ini maka selagi itu negara tidak akan terlepas dari cengkaman barat dan selagi itu islam tidak akan dapat memainkan peranan yang sewajarnya dalam pemerintahan negara. Nah, persoalannya sekarang ;

– Adakkah dengan UMNO terus menang akan menjanjikan wewenang Melayu? ATAU

– Adakah jika PAS menang akan menjanjikan wewenang Melayu?

Melihat keadaan politik yang ada sekarang ia adalah sesuatu yang MUSTAHIL kerana kedua-dua pihak sudah terikat dengan tahaluf dengan parti bukan islam. Tidak mungkin Melayu islam akan dapat menjalankan pentadbiran negara dengan bebas tanpa merujuk kepada rakan politik bukan islam. Ertinya apapun outcome PRU13 nanti ia tidak membawa apa-apa makna yang besar kepada islam.

Kalau begitulah keadaannya, apa erti UMNO terus berkuasa, apa ertinya PAS memerintah ? Bolehkah UMNO bertindak tanpa merujuk kepada MCA atau MIC? Bolehkah PAS membuat keputusan tanpa terlebih dulu berbincang dengan DAP? Jangankan keputusan yang besar2 malah nak cakap pasal Melayupun semua pemimpin Melayu samada dalam UMNO atau PAS sangat2 takut. Berani saya katakan bahawa mereka semua sudah hilang  JATIDIRI. Ini persoalan yang harus bermain dalam fikiran kita maka barulah kita dapat menilai dengan lebih matang dan rasional.

Bagi saya, jalan penyelesaiannya, jika pemimpin2 Melayu ini benar2 ikhlas untuk memperjuangkan islam, ialah mereka MESTI BERSATU dalam bentuk apa sekalipun. PAS tidak harus melihat UMNO musuh segala2nya dan begitulah sebaliknya. Yang menjadi musuh ialah serangan2 barat ini dan mereka2 yang menjadi ejennya.

 

 


Respon

  1. Benar..tetapi tanpa memegang tali syahadah yang kemas kita akan hilang arah dalam melihat jalan buntu ini (jika dilihat dari hukum akal kita) dan boleh menyebabkan kita boleh jatuh kufur. Sedangkan ada segolongan kecil di kalangan semua ini yg teguh imannya waima siapapun memerintah. Jadi ubat beagi segala kemelut ini ada pada golongan disebutkan…maka carilah golongan itu…….insyaallah kemenangan mutlak milik islam.
    ISLAM YANG MANA ILMU DAN AMALNYA BERSANAD DAN SALASILAH.
    “DARI ISLAM TERBIT MELAYU…TIADA ISLAM BUKAN MELAYU) utk kita di tanah melayu…

  2. Alhamdulillah, tulisan kali ini tidak mempunyai fitnah, tidak seperti tulisan SDG yang selalu. Baguslah kalau SDG dah berubah.

    Tapi, berkenaan dengan tulisan ini, sebenarnya SDG yang tidak sedar siapakah musuh kita yang sebenar. Saya rasa ini mungkin kerana pandangan SDG ditutup oleh sesuatu invisible yang SDG tak perasan.

    Mari kita tengok, siapa penyebab keruntuhan moral dalam kalangan umat Islam sekarang? Siapa yang sekat ulama untuk beri ceramah agama di Kelantan? DAP ke? Siapa yang sekat dana ke sekolah agama? DAP ke? Ke Amerika? Siapa yang tukar pembelajaran sains ke dalam BI? DAP ke? Siapa yang buat concert? DAP ke? Siapa yang luluskan lesen judi bola? DAP ke? SDG duk lawan DAP habis-habisan, kenapa tak lawan punca segala masalah? SDG tak belajar fiqh aulawiyyat?

    SDG, seperti orang-orang ISMA yang lain, lupa priority dalam menyelesaikan masalah. KALAU KITA ADA KUASA WEWENANG PUN, KALAU MANUSIA YANG DUK BENARKAN MAKSIAT NI TETAP MEMERINTAH, KESAN BURUK TETAP ADA KEPADA AQIDAH RAKYAT! Tapi, pelik, betapa butanya ISMA dalam meletakkan priority.

    SDG rasa, dengan ISMA, semua benda yang SDG buat cakap, “MASALAH” ini boleh diselesaikan? Kalau ISMA duk melompat setiap hari cakap pasal aqidah, tapi, kerajaan setiap hari duk promote hudud zalim, adakah aqidah rakyat akan terjaga? Masalahnya ISMA sampai ke saat ini tak pernah kutuk tindakan Dr M, atas provokasi dia terhadap hudud. Lagi, di mana ISMA waktu waktu Nazri Aziz galakkan Valentine? Ini yang jadi masalah dalam ISMA. ISMA lupa di mana priority untuk diletakkan. Aqidah bukan terletak pada masuk kristian sahaja. Orang tolak hudud pun, sama je. Kalau SDG lawan DAP, tapi, senyap dengan UMNO, inilah yang dipanggil perjuangan ASSABIYAH. Menolong orang sendiri dalam melakukan kesalahan, sedangkan sentiasa menentang pihak lawan dalam tak kira apa pun. Nazri Aziz tu salah. Tapi, ISMA senyap disebabkan mereka adalah MELAYU ISLAM. BILA KARPAL CAKAP, melenting tak tentu pasal. ISMA masih cakap mereka perjuangkan ISLAM, sedangkan bila UMNO hina Islam, senyap membisu? Inikah perjuangan menegakkan Islam?

    Satu lagi, cuba ambil iktibar Saidina Abu Bakar. Selepas kewafatan Rasulullah, dia pergi hapuskan orang yang tidak mahu membayar zakat dan yang murtad. Yang murtad perlu dibunuh kerana itu hudud. TAPI, kenapa yang taknak bayar zakat pun turut dilawan? Zaman tu, takde ke orang-orang bukan Islam di sekitar? Ibnu Taimiyyah kata, apa yang dilakukan oleh Abu Bakar As-Siddiq ra perlu diikuti. Sebelum kita tuju serangan kepada orang bukan Islam, orang Islam perlu dibetulkan terlebih dahulu. Itulah yang sedang dilakukan oleh PAS. PAS cuba membawa UMNO ke pangkal jalan, PAS cuba hapuskan punca segala kemaksiatan terlebih dahulu, supaya lebih mudah. PAS bukannya bughah.

    MASALAH DENGAN ISMA, ADALAH ISMA MENYERANG PAS, SEOLAH-OLAH UMNO TIADA KESALAHAN, dan ini menyebabkan UMNO berterusan di atas kesalahan mereka, dari segi judi, dari segi arak, dari segi concert dan sebagainya. Tindakan ISMA melemahkan PAS, dan mengukuhkan UMNO. Sedangkan di mana UMNO dalam menegakkan Islam? Fikirkan sendiri SDG! Kalau SDG sayang kepada Islam, seru semua orang UMNO masuk PAS. Jujurnya, SDG lawan ulama yang ada master dalam siasah syariyyah, tambah-tambah lagi dalam tahaluf siyasi yang keputusannya diketuai oleh Dr Yusuf Qaradhawi. Saya terfikir, di mana sebenarnya SDG letakkan taraf SDG, setanding dengan ulama2 ini, dalam siyasah syariyyah kah?

    • Saya harap Saudara dapat beri penyelesaian bukan balik-balik salah orang sana dan salah orang sini. Saudara masih berada di tahap pemikiran lama yg tidak menguntungkan islam.

      • Saya tak nampak AM memberi idea yang membina. Tikam, tusuk dan hina sepihak bukanlah pemikiran jernih manusia ikhlas. Kita benci assobiah tetapi dalam tidak sedar kita memakainya (bukan bermaksud bangsa).

        SDG telah menulis dengan penuh bertapis untuk menerangkan perihal “musuh” sebenar. Mengelak dari dituduh memilih, sebaliknya AM bertindak secara memihak. Sampai bila kita hendak menjunjung cara pemikiran zaman 60an? Kita cuba selesaikan masalah bersama bukan mempersalah antara satu sama lain. Sukar sangatkah untuk berubah?

  3. Alhamdulllah satu pendirian dan pandangan yg amat baik:
    “Bagi saya, jalan penyelesaiannya, jika pemimpin2 Melayu ini benar2 ikhlas untuk memperjuangkan islam, ialah mereka MESTI BERSATU dalam bentuk apa sekalipun. ”

    Kalau itulah pendirian tuan dan ISMA, maka kenapakah tuan dan ISMA beriya2 bersama Dato’ Dr. Hassan Ali menyerang PAS di merata2 pentas awam? Bagi saya ini tidak menunjukkan satu kesediaan atau usaha untuk menyatukan Melayu … wallahu’alam.

    • Yang menghentam PAS bukan ISMA tapi DAH.

      ISMA hanya menegur PAS kerana kita yakin penyelesaian politik yang ada skrg ini terletak pada PAS.

      • Bak kata…your enemy’s enemy is my friend…

        DHA…DHA….pujaan hatikuuuu

    • Sdr DrT,

      Saya sokong tindakan Dato’ Dr Hasan Ali yang menghentam PAS kerana mereka bersekongkol dengan DAP dan PKR serta ketuanya DSAI yang kita tahu adalah ‘darling’ kepada Amerika/Yahudi/Barat bagi melaksanakan AGENDA mereka di dunia Islam sekarang.

      Diharapkan dengan kritikan ini PAS akan sedar bahawa formula yang mereka ambil iaitu bersama PR adalah salah dan tidak menguntungkan perjuangan Islam di Malaysia.

  4. ‘Regime Change’, satu mantra baru ciptaan Amerika /Yahudi/Barat yang menarik imaginasi rakyat marhaen yang tertindas didunia Islam. Maka merekapun bangun menentang regime zalim demi mencapai mimpi mendapatkan kehidupan yang lebih baik.

    Amerika/Yahudi/Barat memainkan peranan aktif untuk menggunakan arus penentangan ini dengan membantu dari belakang dengan berbagai cara, wang, intelligence, kepakaran hatta disetengah kes seperti Libya ketenteraan melalui Nato secara terbuka diberi bantuan.

    Cuba perhatikan ‘when the dust has settle down’. Libya kini masih berantakan antara rakyat yang pro gadaffi dan penentangnya. Dan berita yang paling menyedihkan yang baru saya baca tadi jelas sekali siapa yang tertipu…..

    Apakah politik Malaysia akan menerima nasib yang sama???????

    US-Funded Tunisian President Prepares to Withdraw Recognition of Syrian Government

    Tony Cartalucci – Reuters reported, “Tunisia “to withdraw recognition” of Syria government,” and specifically that newly appointed Tunisian president Moncef Marzouki made the announcement on his Facebook page. Reuters also notes “Tunisia’s decision to sever ties with Damascus carries moral weight because the north African country’s revolution last year started off the “Arab Spring” upheavals which later spread throughout the Middle East, including to Syria.” What Reuters of course fails to mention is that the “Arab Spring” wasengineered years in advance, planned, funded, and directed by the US State Department, with Moncef Marzouki a direct recipient on record of such support which ultimately paved his way from obscurity to now president of the North African nation.

    The US Put Moncef Marzouki of Tunisia into Power

    Last December, the BBC hailed Tunisia’s assembly and their election of a new president in their article, “Tunisian activist, Moncef Marzouki, named president.” What the BBC predictably failed to mention was that Marzouki’s organization, the Tunisian League for Human Rights, was a US National Endowment for Democracy and George Soros Open Society-fundedInternational Federation for Human Rights (FIDH) member organization.

    It was earlier reported in “Soros Celebrates the Fall of Tunisia,” that Marzouki was named “interim-president” of Tunisia and that the myriad of NGOs and opposition organizations that worked with him to overthrow the government of Tunisia were fully subsidized and backed by the US government and US corporate-funded foundations.
    Marzouki, who spent two decades in exile in Paris, France, was also founder and head of the Arab Commission for Human Rights, a collaborating institution with the US NED World Movement for Democracy (WMD) including for a “Conference on Human Rights Activists in Exile” and a participant in the WMD “third assembly” alongside Marzouki’s Tunisian League for Human Rights, sponsored by NED, Soros’ Open Society, and USAID.

    Marzouki, along with his Libyan counterpart Abdurrahim el-Keib, formally of the Petroleum Institute, sponsored by British Petroleum (BP), Shell, France’s Total, the Japan Oil Development Company, and the Abu Dhabi National Oil Company, makes for the second Western proxy installed into power either by covert sedition or overt military aggression, during the US-engineered “Arab Spring.”

    Now, it is quite clear how Marzouki is reciprocating the foreign-backed plot that thrust him into power – complete servitude toward Wall Street and London’s foreign policy in backing this very same foreign-funded gambit now playing out in Syria.

    Like Tunisia, Syria is a Premeditated Foreign-Funded Destabilization

    Syria has been slated for regime change since as early as 1991. In 2002, then US Under Secretary of State John Bolton added Syria to the growing “Axis of Evil.” It would be later revealed that Bolton’s threats against Syria manifested themselves as covert funding and support for opposition groups inside of Syria spanning both the Bush and Obama administrations.

    In an April 2011 CNN article, acting State Department spokesman Mark Toner stated, “We’re not working to undermine that [Syrian] government. What we are trying to do in Syria, through our civil society support, is to build the kind of democratic institutions, frankly, that we’re trying to do in countries around the globe. What’s different, I think, in this situation is that the Syrian government perceives this kind of assistance as a threat to its control over the Syrian people.”

    Toner’s remarks came after the Washington Post released cables indicating the US has been funding Syrian opposition groups since at least 2005 and continued until today.

    In an April 2011 AFP report, Michael Posner, the assistant US Secretary of State for Human Rights and Labor, stated that the “US government has budgeted $50 million in the last two years to develop new technologies to help activists protect themselves from arrest and prosecution by authoritarian governments.”

    The report went on to explain that the US “organized training sessions for 5,000 activists in different parts of the world. A session held in the Middle East about six weeks ago gathered activists from Tunisia, Egypt, Syria and Lebanon who returned to their countries with the aim of training their colleagues there,” (emphasis added). Posner would add, “They went back and there’s a ripple effect.” That ripple effect of course is the “Arab Spring,” and in Syria’s case, the impetus for the current unrest threatening to unhinge the nation and invite in foreign intervention.”

    US Finally Reaping Rewards from Installed Proxy-Regimes

    Quite clearly the orchestrated reordering of the Arab World was done in a specific order, so that easier nations to topple would be able to eventually contribute to fueling the downfall of more difficult targets as US proxy regimes were installed. Tunisia’s diplomatic attack against Syria is just one example. The despoiling and destruction of Libya by NATO-backed LIFG terrorists has provided a base of operation for the international mercenaries who are now verifiably sending fighters into Syria, led by notorious LIFG commander Abdul Belhaj.

    It may be the threat of foreign-funded destabilization hanging over the heads of despotic regimes like Saudi Arabia, Qatar, and the United Arab Emirates that have them jumping through diplomatic and tactical hoops in support for Wall Street and London’s geopolitical ambitions. Of course, ultimately, the destabilization of Syria is directed at weakening and ultimately attacking Iran as well.

    This illustrates yet another justification for Russia and China, and other nations to begin fully resisting the mafioso protection racket that is the UN Security Council and yet another attempt to foist a war of aggression and conquest onto the population of the world. Ultimately, however, it is up to the people, worldwide to identify the corporate-financier power structures that provide the foundation from which this sweeping genocidal, domineering campaign is being carried out – and then boycott and replace them utterly out of existence. Because when the parasitic global elite are done picking the bones of nations afar, they will turn in on their own people – as has always happened throughout human history.

    • Terima kasih. Sangat bersetuju dengan apa yang cuba saudara Orang Lama sampaikan. Penerangan yang cukup jelas dan seharusnya membuka minda pencinta Islam agar bersedia menanti kelansungan wabak Arab Spring ke negara ini. Apa lagi yang perlu diterangkan supaya faham. Kenapa Islam Liberal cuba di bawa masuk ke Malaysia, siapa pula dalangnya? Human right untuk apa? Regim change itu untuk siapa? Adakah segala ungkapan ini semuanya fitnah? Saya tidak faham kenapa masih ada yang gemar menuding jari ke sana ke sini bagai orang tak siuman padahal musuh bersama amat nyata di depan mata. Perlukah ditunjukkan satu persatu? Jika ditunjukkan pun, sekiranya hati sudah kelam akibat tidak merdeka, sia-sia sahaja. Mereka akan tetap menolaknya kerana masih kukuh berpegang kepada sangkaan lamanya. Orang Lama telah bawakan bukti bertulis untuk cuba sampaikan sesuatu supaya dapat dikaji sendiri, siapa musuh kita itu. Itulah jalan yang penuh hemah.

    • Baguslah kalau itu pendirian orang lama. Menggambarkan kenapa dia berlagak gaya kini dalam cara komentar daripada dulu sampai sekarang. Moga Allah rahmati mereka yang berjuang menentang tirani daripada tuduhan sebagai pembelot tali barut yahudi/amerika. Allah bersama pejuang-pejuang Tunisia/Libya/Mesir/Yaman/Syria dan kulli makan. Yang pastinya orang kafir berjuang, orang munafik berjuang dan orang mukmin juga berjuang. Cuma pilihan orang mukmin itu terletak di jalan mana yang mereka pilih. Hidup mulia mati syahid atau diam membatu tiada usaha! Sumber mana pilihan berita tu. Amerika jugak ke? memalukan saya kata pada tuduhan saudara tu…..blog ini pun mmg serasi dan redha dengan dia 🙂 (tak pernah ada sekelumit padangan balas kepada dia nampaknya)

    • Orang lama ni mmg pemikiran kolot tak mcm pejuang2 Islam yang lain di dunia ni…optimis dan kedepan
      Dah nampak dah dari dulu dia punya perangai…tp bila dia berkongsi cerita ni dah seal dah ideologinya knp dia adalah isma…Ambik berita pun sumber barat juga…orang liberal jugak barangkali…huhu

      Libya’s Muslim Brotherhood faces the future

      http://mideast.foreignpolicy.com/posts/2012/03/09/libya_s_muslim_brotherhood_faces_the_future

  5. sepanjang membaca dan meneliti tulisan SDG, tidak ada pun yang saya dapati sebagai bermaksud menghentam PAS, cuma menyuarakan pandangan berpaksikan kebenaran ,
    tetapi membaca tulisan penyokong-penyokong PAS jelas ketaksuban mereka kepada parti PAS yang sebahagian mereka terang-terang menolak pandangan orang lain walaupun pandangan orang lain itu adalah benar berlandaskan al-Quran dan al-hadis,

  6. umno dan pas sama je cuma umno telah luput tempoh , banyak parti lain seusia dengannya dah dipencenkan , golkar , kongres india , LDP jepun , Muang thai . melayu tak rebah tanpa umno , ia hanya sebuah kenderaan , bila dah uzur gantilah dengan yang baru yang lebih lancar dan berkesan. yang penting orang melayu bersatu dibawah panji baru , yang lama tu lama kelamaan akan dilupakan orang

  7. oh yea SDG pandangan anda ini suatu momokan yang dilagukan umno ketika mereka lemah kehilangan 2/3 . lalu mereka pun galaklah mendendangkan nasib bangsa , agama dan raja kalau umno tiada . inilah yang mereka mainkan ketika hilang 2/3 kali pertama dulu pada 1969 hingga wujud lasykar jihad melayu bergelar comando al Allah yang melibas orang bukan melayu . dendangan ini juga yang dikumandangkan selepas hilang 2/3 pada 2008.tapi dek orang melayu ramai yang telah celik maklumat , dendangan ini tidak mencapai hasrat pemimpin umno untuk menaikkan semangat meluap-luap orang melayu untuk melibas bukan melayu spt pada tahun 1969 .

    • Kalau begitu, apa cadangan penyelesaian saudara?

      • kalau boleh janganlah penulisan kita menguntungkan pihak sekular dan pihak kafir……keikhlasan perjuangan datuk haron din,tk guru haji hadi dan tok guru nik aziz masih di rasai oleh org2 pas .

      • contohnya resolusi yg di keluarkan ketua pemuda pas ketika isu murtad di gereja( selangor)…di antara resolusi tersebut ialah sokong langkah jais dan dlm masa yg sama ketua2 jabatan awam yg tidak ada akhlak mesti di tukar…..org yg betul2 ikhlas pasti dapat bersatu

      • wadah perjuangan membela islam bukan hanya satu . hari ini selepas hilang nya 2/3 umno menggunakan strategi menimbulkan isu Islam dan mahu menarik sebanyak mungkin ngo berorientasi melayu dan islam menyokong mereka dan menjauhkan dari wadah alternatif perjuangan Islam dan Melayu yang lain .
        Isunya jika ngo ini bersama mereka mampukah mereka memperbetulkan para pemimpin Umno supaya kembali ke pangkal jalan . siapakah dikalangan tikus yang berani menggantungkan loceng ke leher kucing . selepas dikejutkan dengan mac 2008 pun Umno tidak berubah dan tak mampu mengubah dirinya supaya lebih bersikap merakyat . Jika dengan sokongan ngo dan seleberiti politik melayu Muslim mereka mendapat kembali kuasa yang lebih kuat nescaya mereka akan lebih anngkuh dan bertindak mengikut kepentingan sekelompok individu elit mereka seperti mana yang berlaku di zaman pak lah selepas memperolehi lebih 90% kerusi parlimen .

      • saya amat berharap agar kesemua gerakan-gerakan islam di malaysia ni bersatulah , buangkan sifat ego masing2, musuh kita ialah sekular dan bukan islam….

  8. Betullah politik ini amat menjijikkan. Lebih jijik jika ada pihak yang sangka dia berada di jalan Allah tetapi hakikatnya membantu munafikin dan harbi dalam rencana yang mereka buat. Sebetulnya saya amat jijik dan ada kalanya rasa nak termuntah dengan alasan yang serupa di ulang2 tanpa jemu. Akhir zaman ini Islam akan berpecah belah, tak dapat nak diselamatkan lagi. Ulama dalam PAS juga sedang dikunci giginya, bagaimana nak bersuara? Takut nak sebut Melayu, takut nak sebut Islam… perjuangan apakah namanya itu? Tak layak… memang tak layak untuk disokong pemimpin begini. Saya hormati PAS hanya sebab Dr Haron Din ada di sana. Selain dia, saya tak rasa perlu di hormati. Sering flip flop, selalu terkedu kedik bila kena jeling dengan Nuar al Sorosi alYahud. Betul.. memang betul. Jika bagi memerintah bakal hancur lebur segala apa yang ada selama ini. Kita diberi akal, gunakannya dengan waras. Ini bila dibangunkan bukti, wahhh tuduh ambil dari US la ambil dari Yahudi la. Pergilah masuk sendiri sumber dia, buat study. Masih lagi nak pakai lidah orang, nak pakai telinga orang, nak pakai mata orang. Bijakkah cara itu? Sendiri yang jumudkan akal, sendiri yang block minda, asyik percaya kepada sesuatu yang samar. Saya dulu sokong Anwar 100% sokong PAS 100% bukannya sokong UMNO. Tapi kita ada akal bila kita lihat ada kesangsian terhadapa tindak tanduk Nuar, kita masih nak tutup mata? Tutup telinga? Pergi siasat sendiri sama ada ya ke tidak. Bukan dengan pergi tanya sumber orang berkenaan, sampai mati pun dia tak kan mengaku.

    Kalau kita sendiri nak bunuh akal kita sendiri, jangan nak salahkan orang lain macam kes “dia” tu… sikit-sikit fitnah. sikit-sikit fitnah. Tak boleh jawab, fitnah. Belum tahu lagi DAP itu masionari Jesuits? (jangan pula jesuits pun tak tahu apa dia)…. Maaflah saya betul nak termuntah… sori bro..

    • relak la bro sebelum kutuk pemimpin pas atau anwar ibrahim cubalah teliti satu satu peribadi pemimpin umno dan juga sejarah yang telah termaktub apa yang mereka lakukan sepanjang 54 tahun memerintah negara . apakah pengkhianatan yang telah mereka lakukan ke atas nasib orang melayu dan islam di tanah melayu ini beb .

      • Sdr ahmadalbab,

        Saya kurang faham maksud pengkhianatan yang sdr nyatakan diatas sebab setahu saya jika betul2 pengkhianatan berlaku, kedudukan orang Melayu Islam di Malaysia sekarang pasti merempat, miskin, ketinggalan…tapi nampaknya ok aje…Orang Melayu Islam bertambah baik kedudukan mereka, peluang diberikan didalam berbagai bidang terutamanya dalam pembelajaran anak2 terbuka luas…tinggal nak tak nak saja untuk memajukan diri….ataupun sdr ada maksud lain perkataan khianat ni? Lainla dengan PAS la ni…orang kafir dah boleh jadi Timbalan Presiden……Melayu Islam berpecah belah dikatakan bagus……mungkin perkataan yang sdr gunakan lebih sesuai digunakan dalam konteks ini kut….

      • Akui UMNO bukan baik sangat. Memang betul UMNO nak kaya melalui politik. Tapi orang Melayu tak duduk atas pokok, orang Melayu tak ada yang tak cukup makan. Orang Melayu boleh masuk ITM yang dikahaskan untuk Melayu, sekarang dah jadi orang kaya raya. Banyak jurutera, akauntan, pengusaha, tak terkira banyaknya. Bila dah kaya jadi sombong dan bongkak. Kata kerajaan salah bla bla bla… Malas nak berhujah dengan orang yang tak cukup akal dan tak mahu belajar. Sebetulnya PAS dulu ok. Bila masuk bab mabuk pangkat nak jadi menteri kononnya (cemburu kepada UMNO) impot orang ABIM dan JIM masuk dan jadilah kumpulan parasit sehingga sanggup ambil Cina, India jadi Tmb Presiden. Malu aku nak mengaku pernah sokong PAS dulu…. malu… Ada pulak yang sanggup angkat pejuang komunis sebagai wira kerana sanggup bunuh bangsa sendiri. . memalukan. PAS dah tak layak pakai nama Islam kerana ulama dah kena sisih, hilang suara. Kalau berkata pun hanya jadi jurucakap Anwar. PKR lagi teruk, apa prinsip perjuangan mereka? Islam???? Ya Islam Liberal yang menghalalkan LBGT. Belum ada orang Melayu yang berani sokong Israel secara terang terangan, tetapi Anwar sanggup.. kenapa??? duit… sebab duit.. duiat yang dia tabur kepada PAS juga dari sumber yang sama… Soros. Pergi buat research, jangan dok terperap dengan ceramah bohong Anwar dan ceramah mengutuk Mat Sabu.

        Sokong PKR sama seperti sokong Islam Liberal/Plural. Gerakan Yahudi nak jahanamkan Islam. Cari maklumat sendiri belambak dalam internet. Kalau malas, terserahlah. Jangan nak menyalak tanpa fakta dan pakai ilusi dan angan2.

        Sampai sekarang aku tak sokong UMNO tapi juga tak akan sokong PR selagi ada DAP dan Anwar. Jahat2 UMNO dia tak sokong Yahudi. Jahat2 UMNO dia tak hina raja Melayu. Jahat2 UMNO dia tak halalkan LBGT, murtad dan jual nama Allah kepada kristian. Jahat2 UMNO tak sebarkan Islam Liberal. Kalau dia orang nak pakai sendiri, lantaklah. Jangan gugat Islam dan ASWJ. Jahat2 UMNO tak mempertikai kewujudan Hang Tuah, lagenda kebanggaan Melayu. Bayangkan jika Hang tuah itu termasuk para wali Allah, apa kesannya? Aku tahu cerita sebenar siapa dia itu. Belajar lagi!!

        Kalau Anwar tak mampu mengawal moral pemimpin PKR (contoh yang telah terdedah E Wong dan Badrol, yang belum terdedah entah berapa banyak) macam mana dia nak jaga negara? Moral Anwar sendiri pun dipertikai… namun dia amat berani kerana dibelakangnya Yahudi. UMNO pun takut dengan Yahudi USA, terpaksa ikut juga rentak Anwar. Jaga sedaya upaya tak jadi macam Libya dan Syria, USA datang serang negara. Ramai rakyat tak berdosa terbunuh. Anwar nak bawa Arab Spring ke Malaysia. Boleh faham??? Itu pun takkan nak bagi tahu.

        Selangor telah di serah kepada PR selama sepenggal, apa yang PR dah buat??? Jangankan nak mertabatkan Islam, apa yang ada dimusnahkan. Maksiat menjadi2 sebab ia dilindungi oleh DAP. PAS tak mampu berbuat apa2. Aktivist Islam dihina dan ada yang dipecat. Masih nak sokong PAS dan Anwar??? Bermakna anda sedang khianati agama dan bangsa.

        isyy panjang pula aku tulis. Ingat nak tulis sikit jer. Secara jujur aku akui amat sedih dengan apa yang berlaku. Kalau terasa hati, aku minta maaf. Kalau nak berubah aku bersyukur semoga Allah memberi ilmu yang baik kepada anda.

      • Well said tokwan, from the bottom of the heart, thank you

      • hmm amat mudah strategi umno ni nak kaut balik sokongan orang melayu . kaitkan pas , pkr dengan dap yang dituduh komunis . tiap kali nak pru mainkan balik isu perkauman kalau sokong pas nanti cina perintah malaysia . kat pengundi cina pulak kata kalau undi pas nanti orang cina kena sunat , potong tangan .
        kaitkan anwar dengan yahudi lalu pas kalau layan anwar ia pun terpalit dengan yahudi .
        main isu agama kalau undi pas nanti masjid tak boleh azan sebab dia kawan baik dengan dap pewaris pap di malaysia .

        tapi bagi pengundi yang berfikir dan mendapat maklumat yang tepat mereka dapat melihat selama ni umno telah mengkhianati amanah yang diberikan ; apa dah jadi dengan DEB siapa yang dapat hasil dari DEB . mengapa DEB tak capai matlamatnya
        siapa yang beria-ria nak apungkan aset felda di bursa saham . apakah kesannya keatas peneroka yang majoritinya adalah melayu . cuba imbas kes tanah felda di felda LB Johnson , felda cahaya baru , apa jadi kepada pemilik tanah felda tersebut yang ditipu hidup-hidup oleh pemimpin umno .

        bagaimana pulak dengan keputusan johor corp yang nak jual kfc kepada satu syarikat milik yahudi cvc semata-mata nak tutup hutang yang tak mampu dibayar balik kepada bank .

        rasanya cukuplah contoh pengkhiatan yang dekat dengan denyut jantung orang melayu . sekian harap maklum

  9. Jangan lupa juga permainan dari sini

    http://www.henrymakow.com/china_power_elite_are_illumina.html

    Salam Persatuan

  10. Salam..
    Pernah baca POHON HIJAU NYALA API..dalam AQ..
    Pernah fikir/hayati kalimah PENCIPTA tentang hikmatNYA..
    Pernah lihat bukti2 yang telah tiba..
    Sabda PENCIPTA.. TUNGGULAH..

    ATURAN PENCIPTA ADALAH NYATA..


Tinggalkan komen

Kategori