Posted by: aminuddin | 22/06/2012

Saya harap umat islam sedar

Saya tidak dapat menahan perasaan sedih dan bimbang apabila melihat keadaan umat islam hari ini, Bukan saja mereka sudah hanyut dengan budaya barat mahalh mereka sendiri sedang memperjuangkan pemikiran barat tanp mereka sedari. Malangnya perkara ini berlaku bukan dikalangan orang biasa tetapi para cendekiawan dan pemikir islam. Semuanya atas dasar “pmikiran terbuka” yang mereka promosikan sehinggakan semuanya kena terbuka termasuk dalam soal-soal asas perjuangan islam.

Satu senario baru yang rancak berlaku hari ini ialah gejala cuba untuk menghalalkan apa yang diperjuangkan oleh DAP. Mereka menyambut seruan DAP dan cuba “membersihkan” DAP pada mata orang-orang islam. Mereka melihat dengan mengiyakan perjuangan DAP adalah satu pendekatan yang matang politik dan melambangkan keterbukaan ialam. Saya tidak tahu apa motif mereka disebalik itu. Apakah mereka sendiri ingin menyertai DAP? atau mereka mahu mengkudakan DAP? atau memang mereka benar-benar yakin dengan perjuangan dan pendekatan DAP?

Bagi yang masih tidak nampak siapa DAP sebenarnya, saya ingin menjelaskan beberapa perkara pokok tentang DAP suapaya kita boleh menilai sendiri smaada kita boleh bersama mereka ataupun tidak :-

1. Perlembagaan : Dari segi perlembagaan jelas menunjukkan DAP memperjuangkan ideologi sosialis. Ini amat bertentangna dengan islam.

2. Malaysian Malaysia. Konsep menghilangkan identiti bangsa memang menjadi dasar perjuangan DAP. Mereka tidak mahu lagi rakyat dinegara ini mengenali diri mereka sebagai Melayu, Cina atau India. Tetapi seblaiknya semuanya berbangsa Malasia. Sekali lalu nampak macam tiak ada apa tetapi disebalinya mereka cuba mneghilangkan yang utamanya iedentiti Melayu. Denga itu secara otomatiknya islam yang ada pada orang Meayu dalam perlembagaan akan boleh dipertikaikan.

3. Memeperjuangkan Pluralism Jelas DAP amat beriman dengan konsep pluralism ini iaitu menyamakan semua agama. Maka sebab itu bantuan diberikan kepada semua agama. Kedudukan semua agama juga diberi pengiktirafan dan layanan yang sama juga diberi pada semua agama.

4. Memperjuangakn Liberalism. DAP juga amat kuat meperjuangakn liberlaism yang mengutamakan kehendak manusia dan mengiktiraf kebebasan setiap individu dalam menentukan apa yang emreka ingin lakukan tanpa boleh digugat. Maka sebab itu LGBT dan yang seumpamnya boleh diterima oleh mereka sebagai sebahgian hak asasi manusia.

5. Menolak hukum islam. Kenyataan membuktikan bahawa sudah beberapa kali pimpinan utama DAP menolak hukum islam dan menyatakan bahawa PR tidak menjadikan perlaksanaan hukum islam sebagai dasar perjuangan. Hujah yang mengatakan mereka semakin dekat kepada islam adalah hujah yang sangat dangkal yang tidak ada bukti kukuh. Hanya mereka yang buta saja gagal untuk memahami sikap DAP ini.

Bnayak lagi yang boleh dinukilkan terhadap DAP yang tidak memungkinkan mana-mana umat islam boleh menerima perjuangan mereka. Bagi mereka yang cuba untuk menjernihkan DAP dan mengajak umat islam menyokong DAP adalah seorang yang dangkal ilmunya. Mungkin mereka ada niat lain yang tersembunyi yang hanya Allah saja yang tahu, Namun mereka jangan lupa bahawa tindakan mereka ini akan menambahkan kekeliruan dikalangan umat islam dan mereka akan bertanggungjawab dihadapan Allah nanti.

Saya harap umat ialam sedar.


Respon

  1. Pihak Islamist mengatakan tahaluf bersama pihak socialist ini sebagai dakwah mereka kepada non Islam. Malangnya tiada program dan agenda tersusun mengarah ke peringkat itu. Nak meng’islam’kan mereka bukan mudah kerana mereka konsisten dengan agenda mereka semenjak tahun 50an lagi. Pihak Islamist mesti memikir lebih jauh dari hanya PRU saja.

  2. mcmana anda tahu mereka tiada program dan agenda tersusun? Sedangkan anda tidak berada didlmnya scr total, mahupun anda bertanya pada TG Hj Hadi @ TG Nik Aziz… JIKA ANDA XMAMPU BUAT, JGN KONDEM ORG LAIN BUAT…wallahualam

    • Yie, mungkin anda tahu ada program tersusun tersebut, sila kongsi bersama? Program dakwah tak boleh disorok-sorok. Beritahu kami supaya boleh war-warkan pada sahabat DAP/PKR…

  3. ala.. semua salahkan DAP… ketua no1 negara org Islam.. apa dia buat untuk islam?… cecite sikit

  4. Yie, mungkin anda tahu ada program tersusun tersebut, sila kongsi bersama? Program dakwah tak boleh disorok-sorok. Beritahu kami supaya boleh war-warkan pada sahabat DAP/PKR…

  5. Wah bersungguh nak pertahan PEKEMBAR , tentu banyak masyuk


Tinggalkan komen

Kategori