Posted by: aminuddin | 24/10/2012

Adakah DAP memberikan keuntungan kepada islam?

Sebagai seorang pendakwah, setiap tindakan atau keputusan yang kita buat mestilah memberikan ekuntungan kepada islam dan dalam masa yang sama melemah musuh islam. Keuntungan itu bukan bererti dinilai dari segi kewangan maupun kedudukan tetapi dilihat dari aspek peningkatan kefahaman dan penghayatan islam dikalangan masyarakat. Jika masyarakat menjadi semakin keliru dan penghayatan semakin lemah maka adalah salah jika kita teruskan tindakan atau keputusan kita. Untuk itu sesuatu tindakan atau keputusan yang dibuat mestilah disandarakan kepada hujah syarak yang jelas serta mengambil waqei semasa yang berlaku ketika itu.

Apabila si ghulam mengambil keputusan untuk mengorbankan dirinya dengan dipanah dileher, beliau telah mengambil kira bahawa itu adalah jalan terbaik untuk memahamkan masyarakat tentang islam dan kekuasaan Allah. Walaupun dari segi zahirnya beliau tidak mencapai “kemenangan” kerana syahid di bunuh si Raja namun tindakannya itu telah menyebabkan seluruh masyarakat telah memeluk islam. Dengan kalimah bismillah yang disebut Raja membuktikan bahawa kekuasaan dan kebesaran hanya ada pada Allah bukan pada Raja.

Siapa DAP dan apa perjuangan mereka?

Untuk menilai samada DAP boleh memberi menafaat kepada orang islam atau tidak, kita harus melihat asas perjuangan mereka dan ideology yang dibawa. Terdapat banyak faktor tentang DAP yang harus menjadi pertimbangan kita semua antaranya  :-

  1. Memperjuangkan ideology sosialis
  2. Memperjuangakn Malaysian Malaysia yg secara otomatiknya menghapuskan bangsa Melayu
  3. Kesemua wakil rakyat mereka adalah kristian
  4. Mahu menjadikan bahasa2 lain setaraf dengan bahasa Melayu
  5. Menyokong tuntutan IFC dan kebebasan LGBT atas asas Human Rights
  6. Menyerang sekolah agama dengan menganggap sekolah berkenaan seperti “the ticking time bomb”.

Semua fakta2 diatas termaktub dalam perlembagaan, ucapan mahupun tindakan mereka. Ia bukan satu omongan yang sengaja diada-adakan demi untuk memecahkan Pakatan Rakyat. Tetapi reality yang tidak disedari oleh pejuang islam.

Keghairahan untuk menang dalam pilihanraya dan kebencian yang amat sangat dengan UMNO menyebabkan semakin ramai umat islam hari ini bukan saja telah menyertai DAP malah mempertahankannya sekali. Ada cendekiawan islam yang terus mensucikan DAP dan mengatakan ia adalah satu yang syarei dan bertepatan dengan konsep tahaluf.

Ada yang mendakwa DAP kini sudah mula memahami islam namun sehingga hari ini masih tidak ada lagi pimpinan DAP maupun penyokong tegarnya masuk islam. Beberapa kali LGE, LKS dan KP secara terbuka menolak islam. Mampukah PAS menangani mereka? Ini satu persoalan yang sehingga kini masih belum meyakinkan kita semua.

Sebenarnya ramai yang mengharapkan PAS akan melakukan perubahan dan menggantikan UMNO. Malah itulah penyelesaian yang terbaik. Tetapi dengan scenario yang ada sekarang PAS seolah-olah sudah talak tiga dengan UMNO.

Ada juga yang mengharapkan PAS dominan dalam PR, tetapi ini juga tidak berlaku. Ini bermakna peranan PAS dalam proses pengislahan negara dilihat semakin pudar.

 

Adakah DAP memberi sumbangan kepada islam?

Masyarakat menjadi keliru apabila  TGHH dan THNA membuat kenyataan bahawa tahaluf dgn DAP boleh memberikan keuntungan kepada PAS dan menyebabkan PAS menang dalam pilihanraya dan memerintah 2 negeri. Persoalannya;

–         adakah kemenangan pilihanraya dan mendapat kuasa menjadi asas pertimbangan ?

–         ataupun melihat dari segi maslahat umum masyarakat islam supaya mereka lebih yakin dengan nilai perjuangan?

–         Adakah tahaluf dgn DAP menyebabkan masyarakat semakin jelas atau semakin keliru dgn islam?

–         Kalau dilihat dari segi asas perjuangan DAP spt diatas, bolehkah kita mempertaruhkan nasib kita kpd mereka yg mustahil akan mempertahankan islam? Kalau begitu apakah sumbangan yang DAP boleh beri seperti yang diharapkan oleh PAS?

Secara peribadi saya tidak nampak bagaimana DAP boleh memberi sumbangan kpd islam . Jangan kita mempertaruhkan nasib bangsa dan agama kepada orang yang jelas memusuhi islam. Jangan kita memberi saham dalam meruntuhkan islam hanya semata-mata kerana kebencian kita kepada sesuatu pihak.

Bagi saya penyelesaian hanya ada satu; PAS harus kembali berunding dgn UMNO. Lupakanlah sengketa lama, mari kita buka lembaran baru!!!

Fikirkanlah sedalam-dalamnya.


Respon

  1. saya amat setuju saranan ini

  2. Reblogged this on parasite desires.


Tinggalkan komen

Kategori