Posted by: aminuddin | 06/09/2013

Jangan Hina Dia

images

Strategi menghina bangsa Melayu bukan saja melibatkan ahli politik tetapi ia juga melibatkan usahawan Melayu. Satu ketika dulu isu Syed Mokhtar mendapat pelbagai projek dari kerajaan telah mendapat perhatian dalam parlimen. Beliau dituduh membolot semua kekayaan negara dan memegang pelbagai jenis perniagaan yang strategik termasuklah perkapalan, beras, gula dan pelbagai lagi. Kerajaan telah dibidas kerana terlalu memberi muka kepada Syed Mokhtar dengan memberi pelbagai projek besar yang melibatkan berbillion ringgit. Persoalan mereka; kenapa hanya Syed Mokhtar saja yang di bela sedangkan ramai lagi orang Melayu yang berniaga tetapi tidak mendapat apa-apa backing dari kerajaan.

Saya tidak sama sekali mengatakan bahawa apa yang didapati oleh syed Mokhtar itu sesuatu yang patut namun saya juga tidak tergamak untuk menghina dan menghentam beliau kerana pada pandangan saya :-

1. dialah satu-satunya anak Melayu islam yang tersenarai sebagai 10 billionaire terkaya negara

2. beliau telah membantu ribuan anak-anak yatim

3. beliau telah membiayaai ribuan pelajar miskin untuk ke sekolah

4. ribuan orang Melayu yang mencari makan dengan syarikat2 beliau

5 .beliau telah membeli MPH dengan jutaan ringgit demi memastikan buku2 agama dapat dijual dipasaraya2. Dulunya kedai buku ini hanya menjual buku cerita tentang hal2 lain. Tidak ada buku agama.

6. beliau telah menghabiskan jutaan ringgit untuk membina universiti bagi pelajar-pelajar miskin seluruh dunia

dan lain-lain.

Ertinya kita tidak harus sekadar melihat apa yang beliau dapat tetapi juga melihat apa menfaat yang diperolehi oleh rakyat terutama orang Melayu hasil sumbangan dari beliau.  Jangan hanya melihat keburukan dan kelemahan beliau tetapi tonjolkan lah kebaikan yang beliau lakukan.

Sperkara lagi, apa yg TSM dapat hari ini bukanlah datang dengan carpet merah tetapi dengan usaha gigih siang dan malam. Beliau pernah memnadu lori dari Kedah ke Pahang pada awal tahun 70an tanpa ada hiway selama berbelas-belas jam sehingga ada masa-masanya beliau terpaksa tidur atas lori. Adakah usaha yang gigih ini tidak melayakkan beliau untuk mendapat kenikmatan yang ada sekarang ini? malah saya difahamkan sehingga hari ini beliau bermesyuarat dengan semua CEO nya bermula tengah malam sehingga lewat pagi. Adakah kita sanggup?

Saya melihat serangan-serangan yang dikenakan kepada TSM ini bukanlah satu perkara yang tak sengaja tetapi sebaliknya ianya dirancang oleh pihak-pihak yang tertentu untuk menjatuhkan bangsa Melayu. Mereka tidak boleh melihat orang Melayu berjaya dan akan berusaha menjatuhkannya. Jangan lupa ketika TSM mengambil alih roti gardenia, pihak cina telah membuat roti possimo dan mengempen orang Cina supaya tidak lagi membeli roti gardenia. Ini sejarah yang tidak boleh dipadam.

Namun amat malang kerana masih ramai orang Melayu yang terjebak dalam perangkap ini sehingga sanggup bersekongkol dengan bangsa lain untuk menjatuhkan bangsa sendiri. Inilah liciknya startegi mereka sehingga orang Melayu leka dan lalai sehingga bangsa sendiri dihinapun kita bertepuk tangan.

Bercakap pasal mengaggihkan kekayaan, sebenarnya bukan TSM sorang saja yang telah diberi peluang. Malah ratusan orang Melayu lain telah diberi kesempatan dengan pelbagai projek tetapi semuanya tutup kedai. Ertinya pengagihan itu telah berlaku tetapi orang Melayu itu sendiri yang menggagalkannya. Jadi adalah tidak benar kalau kita kata TSM sorang saja dilambakkan dengan semua projek. Malah dikalangan bangsa Cina lagi ramai yang menjadi kroni tetapi kenapa tidak kita bangkitkan.


Tinggalkan komen

Kategori