Posted by: aminuddin | 30/03/2017

Islam tidak terjamin bawah UMNO?

najib

Pelbagai analisa telah dibuat mengenai kenyataan Najib bahawa kerajaan tidak akan membawa usul RUU355. Kebanyakkannya dilihat dari aspek politik yang  mengatakana antara lain PAS telah dikencing UMNO, UMNO gagal mengawal parti komponen, Najib buat pusingan U-Turn, Najib dan Zahid besengketa dan lain-lain lagi. Pihak pembangkang mengambil kesempatan ini untuk mentertawakan PAS.

Mungkin ada kebenarannya tuduhan2  ini kerana jelas 2 minggu lepas Zahid telah mengumumkan bahawa kerajaan akan membawa usul ini dan Azalina telah mengakuinya. Jamil Khir sendiri telah menghadirkan diri di pentas Padang Merbok untuk menyatakan sokongan kerajaan kepada RUU355 ini. Pendek kata semuanya tindakan ini menjuruskan kepada kesanggupan kerajaan untuk membawa usul 355.

Sedikit sebanyak ia melegakan ramai pihak kerana sudah pasti jika kerajaan bawa peratus untuk ianya diluluskan adalah tinggi.

Namun apabila Najib membuat kenyataan bahawa kerajaan tidak akan bawa atas dasar keputusan konsensus BN, semua ini berterbangan menjadi debu. Harapan yang menggunung akhirnya berkecai.

Kalau isu ini membicarakan soal rasuah, atau dadah atau mencuri atau penularan budaya2 songsang atau kesalahan2 jenayah lain mungkin ianya tidak sangat menimbulkan rasa kecewa umat islam kerana isu ini meibatkan semua orang dan perlembagaan. Ia perlu dibahaskan oleh pelbagai pihak. UMNO mungkin tidak sangat dilihat lemah.

Tetapi 355 ini adalah soal yang sangat asas yang jelas tidak ada kena mengena dengan bukan islam, tidak bertentangan dengan perlembagaan, juga tidak mengambil kuasa Raja2. Jika isu seperti ini yang begitu jelas pun UMNO gagal meyakinkan parti komponen, maka kita tidak tahu apakah islam akan terjamin dilindungi dibawah pemerintahan UMNO? Bab kata seorang penceramah terkenal, adakah nanti akan sampai masanya untuk menunaikan solat pun umat islam perlu meminta “blessing” dari puak kafir? Nampak macam tak logik namun ia bukan sesuatu yang mustahil.

PAS seharusnya sedar bahawa ia sedang “deal” dengan seekor singa tua yang telah patah taringnya. Mungkin sekadar berkawan itu tidak mengapa tetapi untuk mendapat menafaatnya mungkin tiada. PAS harus bangkit dari keenakkan mimpinya untuk menyatakan pendirian dan kehendaknya secara tegas dan tuntas.

Apapun muslihat politik UMNO, umat islam secara amnya merasa terguris dan mula merasa bimbang akan masa depan agama islam jika UMNO terus berkuasa.

Apakah ini petanda bahawa era UMNO akan berakhir? Kita tunggu dan lihat pada PRU14 nanti.


Tinggalkan komen

Kategori