Posted by: aminuddin | 02/04/2017

Tolak UEC

uec

Semalam saya hadir roundtable discussion mengenai Unified Examination Certificate (UEC). Persatuan Dong Zhong yang merupakan pelupor kepada peperiksaan ini tlah mendesak kerajaan untuk mengiktiraf peperiksaan UEC yang membolehkan pelajar2nya masuk ke dalam IPTA.

Namun hasil perbincangan semalam yang dihadiri oleh tokoh2 akademik menjelaskan bahawa ianya harus ditolak dan tidak di iktiraf atas dasar :-

  1. Ianya diluar dari sistem pembelajaran kerajaan. Silibusnya dibuat sendiri dan disemak sendiri tanpa mendapat apa2 pandangan atau kelulusan dari pihak kementerian pelajaran
  2. Banyak fakta2 didalamnya adalah salah umpamanya dikatakan solat untuk orang islam ada 6 waktu. Fakta2 sejarah juga dikatakan banyak salah
  3. Silibus yang ada banyak mendewakan sejarah negara China dari negara Malaysia sendiri
  4. Bahasa pengantarnya adalah bahasa mandarin dan ini bertentangan dengan perlembagaan
  5. Dasar pendidikan negara juga menjelaskan bahawa yang dibenarkan pengasingan hanya diperingkat sekolah rendah manakala diperingkat menengah mestilah dimasukkan semua dalam sekolah kebangsaan.
  6. Ujudnya sekolah dua aliran ini akan menyebabkan masalah intergrasi kaum yang semakin renggang dan ini boleh menimbulkan soal keselamatan.\
  7. Ahli2 Dong Zhong ini kebanyyakkannya adalah pengusaha sekolah2 menengah Cina tersebut dan ada elemen kepentingan ekonomi mereka kerana jika dibenarkan maka “demand” terhadap sekolah mereka akan naik dan mendatangkan pendapatan yang lumayan bagi mereka. Jadi motifnya adalah duit bukan kesejahteraan negara dan rakyat.
  8. Tidaks semua orang cina dinegara ini yang suka kepada sekolah berkenaan dan masih ramai yang menghantar ke sekolah kebangsaan. Ini membuktikan ianya hanyalah kehendak segelintir kaum cina sahaja. Jadi ianya tidak harus dilayan.
  9. Oleh kerana mereka telah melanggar perlembagaan dan juga dasar pendidikan negara maka jika ianya diteruskan maka ianya boleh dibawah ke mahkamah.

Jadi semua faktor2 ini menyebabkan ianya perlu ditolak sama-sekali oleh pihak kerajaan. Ia hanya akan mendatangkan lebih banyak keburukan dari kebaikkan. Sekatang ini sudah terdapat 60+1=61 buah sekolah menegah cina disleuruh negara. Jika dibiarkan maka polariti kaum akan lebih dahsyat lagi dimasa-masa akan datang.

Namun kelemahan pimpinan negara disebabkan ketagihan undi maka kemungkinan perkara ini akan diluluskan dan diiktiraf adalah besar. Pimpinan negara sudah hilang Pilitical Will dalam nak mempertahankan bangsa dan jatidiri negara.

Moga Allah menyelamatkan kita semua.uec


Tinggalkan komen

Kategori